Saturday, December 25, 2010

Kenapa saya masih belum mengandung?

Malam tadi saya ade menonton Ar-Rayyan.topiknya doa untuk mendapatkan anak.Saya sangat tertarik lantas terus menelefon kakak saya supaya dia turut menonton.Tapi dia dah tidurla pulak.Jadi saya minta suaminya saja yang tengok.tak taula dia tengok ke tidak.hee..

Saya sangat tertarik dengan salah satu isi ceramah tersebut. " Salah satu sebab mengapa masih belum mengandung ialah sebelum berkahwin, suami atau isteri ada melakukan sesuatu yang salah ( berdosa ).erm..saya berfikir panjang..banyak sebab,banyak yang salah.mungkin semasa bercouple dulu, kita anda melakukan keterlanjuran.walaupun bukanlah terlanjur, tp yelah.zaman sekarang pegang2 tangan, peluk2 pinggang macam dah biasa antara pasangan bercinta.mungkin Allah nak uji atau beri balasan perbuatan kita dahulu.

Takutnye saya...Semoga kita semua sedar akan kekhilafan yang pernah kita lakukan. masih belum terlambat, kita masih boleh memperbaikinya bermula daripada sekarang dan segeralah bertaubat. Semoga Tuhan permudahkan urusan saya dan anda sume kalau dah kawin nnti.Amin..

Oklah, ade dua doa yang boleh diamalkan bagi mendapat zuriat.
  1. Surah Al-Imran ( Ayat 38 ) - Maksudnya “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.”
  2. Surah Al-Anbiya ( Ayat 89 ) - Maksudnya“Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.”
Dan jangan lupe amalkan istighfar 100 kali sehari serta penghulu istighfar setiap kali selepas solat. Cubala sikit2 amalkan walaupun payah.Lama-lama pasti mudah.Insya-Allah.

1 comment: