Friday, February 5, 2016

Bergaduh dengan Si Suami?

Sakit hati kan jika bergaduh dengan suami.Apatah lagi dapat suami yang patern tak mahu pujuk padahal bukan silap kita pun.Ego nya tinggi melangit.Sebagai isteri merajuk n bergaduh macam mana pun lambat laun isteri mengalah juga.Sabarlah wahai isteri, suami tu lubuk pahala kita. :)

Tuesday, January 19, 2016

Anak Syurgaku Wildan

Assalamualaikum

Hari ini genap 5 minggu saya berpantang tanpa anak.Sepanjang berpantang ni bosan sungguh tak dapat keluar rumah.Jadi banyak masa saya menonton tv dan melayari internet.Saya nak berkongsi pengalaman saya mengandung selama 26 minggu sahaja.Sebab bila saya google tak banyak cerita yang seakan-akan sama dengan pengalaman saya.

Ini pengalaman pertama saya hamil. Semua berjalan lancar.Cuma saya pernah mengambil ubat camazol selama setahun akibat hypertiroid dan bila saya rasa mcm dah sembuh sy berhenti sendiri 6bulan sebelum berkahwin.Selepas hamil saya risau juga penyakit ini akan effect my pregnancy.Jadi masa buat buku pink semasa kandungan 3 bulan, sy maklumkan mslh sy pada doctor.Ambil darah dan result hanya dapat semasa kandungan berusia 5 bulan.Lamanya lah menunggu nak direfer ke hospital.Macam tulah kalau berurusan di klinik kerajaan..Tak semudah dan secepat yang kita nak.
Boleh dikatakan saya sering ke klinik utk checkup sebab overweight.Doc ada cadangkan buat detailed scan seelok-elok minggu 24 hingga 26 sebab baby tak terlalu besar dan terlalu kecil.Sebenarnya saya nak buat detailed scan utk tahu jantina baby.Tapi tak sangka lain berita yang saya dapat.

Scan punya lama at last doc klinik private tu cakap "semuanya di luar",anak u tak normal' g to hospital n keluarkan baby ni".What?? Terdiam saya dan suami.Tak sangka ini yang saya dengar.Otw ke hospital tu apa lagi bercucuran lajulah air mata saya ni.Lepas check di hospital doc sahkan anak saya menghidapi exomphalos , hypoplastic lung & cleft lip.Bertambah-tambahla hancur luluh hati saya.Then doc bagi saya date appoinment dengan pakar seorang profesor 3mggu lagi.Mungkin sampel air ketuban akan diambil utk tahu punca bayi jadi begini.. Apa lah yang boleh saya buat ketika tu sementara nak tunggu date apointmnt? Puas saya minta diawalkan date tsebut xberjaya juga.Seminggu pertama di rumah hari-hari saya menangis. Bangun pagi, nak tidur. Sampaikan saya ajak husband keluar hari-hari supaya saya tak terasa sangat kesedihan ini. Based on my sis ( nurse ), kalau case begini selalu doc takkan keluarkan baby immediately. Just tunggu baby lahir n normally nyawa baby xlama sebab tak boleh survive dengan lung yang kecil tu. So redha lah menunggu date apoinmnt yang berbaki lg 2minggu tu.

Satu pagi saya terjaga dari tidur & air ketuban mencurah-curah laju keluar.Di hospital bleeding pulak.So doc decide buat emergency czer sebab uri dah lekang.Anak saya  cuma hidup selama sejam dan meninggal. Anak saya beratnya 670g, perutnya yang terkeluar tu saya tak nampak sebab dah ditutup dgn  gous.lebih kurang 4-5 cm. Saya redha dengan pemergian anak ini sebab kalaulah panjang umurmu wahai anak, mak tak sampai hati melihat dirimu terseksa sakit sepanjang hayat. Disebabkan saya czer, jadi perlu tunggu at least 2 thn utk hamil semula.Dan utk mendapat anak yg ramai juga bukanlah rezeki saya juga. Sy teringin nk anak 5 org.Tapi tak semua yang kita hajatkan terbaik utk kita. Allah dah menentukan yang terbaik dan termampu untuk setiap hambaNya.Sedihnyaa.....Tapi pujuk hati. Takpelah sekurang-kurangnya saya sudah ada seorang anak syurga, Inshaa Allah..

So sekarang saya akan sibukkan diri menunggu masa yang sesuai untuk mengandung semula. Semoga Allah makbulkan doa saya untuk mendapat anak yang sihat dan soleh.Itu sahaja coretanku yang xseberapa. Papai

Wednesday, December 30, 2015

Tempah Photobooth Garden dan Rustic area Negeri Sembilan

Assalamualaikum..
Anda tengah menghitung hari untuk melangsungkan perkahwinan? Mesti semua insan terutama wanita idamkan perkahwinan yang meriah, cantik dan semestinya dalam bajet kan? Dulu masa majlis perkahwinan saya, saya teringin ada photobooth ala-ala taman gitu.Tapi apakan daya bridal area tempat tinggal saya tidak menawarkan photobooth idaman saya dan design yang ada juga sangat terhad. Masa tu ada juga pakej photobooth rental tapi semua nya di area KL dan agak jauh untuk saya ambil dan pulangkan dalam masa yang singkat. Jadi photobooth saya ketika itu hanyalah biasa-biasa sahaja plus saya terpaksa DIY dengan buat aksesori tambahan sendiri.Semua tu perlukan kos tambahan juga akhirnya.

Jadi saya menawarkan Pakej Sewa Photobooth untuk perkahwinan, pertunangan ataupun sebarang majlis yang pastinya dalam bajet anda dan akan memeriahkan lagi suasana majlis.

 Pakej A : Photobooth Garden
Harga tidak termasuk cas pengangkutan dan aksesori tambahan spt bantal.

Credit: RedRibbon
Pakej B : Photobooth Rustic ( tidak termasuk aksesori tambahan spt lampu,bunga )

Pakej adalah sewa dan tidak termasuk aksesori tambahan. Pelanggan perlu ambil set photobooth dan dipulangkan pada hari yang ditetapkan. Sekiranya pelanggan perlukan penghantaran cas akan dikenakan. Sila layari Facebook : ZR Photo Booth Rental untuk melihat aksesori perkahwinan lain. Boleh terus wasap 012-2938258 untuk sebarang pertanyaan.Terima Kasih.

Tuesday, July 2, 2013

Vietnam Yang Kontroversi...

Assalamualaikum..
Saya sudah dilanda kemalasan dan kesibukan berbelog. Walaupun bukan ada orang baca pun,huk3..tp selepas berjanji ngn member2 nak publish kat blog sayemaryam ni tentang vacation kami ke Ho Chin Minh..aku gagahkan juga. Tp promise akan ku conteng seringkas mungkin.Kami pergi pada 30 Mei-2 Jun. memang standard g sana 4hari 3 malam.Masa booking 2 bulan yg lalu tiket Airasia nye ialah RM450+..so kira berbaloi la.Sebab saya tak suka book lama-lama,Rasa nak pergi On je.Berikut merupakan Jawatankuasa Vacation kami :
i) Maryam - AJK Booking Tiket Airasia
ii) Zenin - AJK Itinery Ho Chin Minh
iii ) Melur - AJK Photography
iv) Melati - AJK Duit Kutu

Kami check in Hotel Saigon Pink. Betul-betul terletak depan Pasar Ben Than.Hotel ni sangat strategik sebab berdekatan dengan gerai muslim dan yang paling penting ada kedai baju sekitar hotel ni. So kami ni dok mengangkut hasil dagangan ke bilik hotel je la kejenya.

Tips2 di Ho Chin Minh :
1. Oh ye..kalau nak kain cotton ela yang murah carikla kat China Town.Boleh dapat RM20 sepasang.Habis murahla tu. Trademark tokey dia " Murah Giler". Percayalah cakap KakTon. Sebab kalau beli kat BenThan paling murah pun dapat RM23 je.huhu.
2. Rasa tak payah tukar duit Dhong.Boleh pakai duit RM. Senang tak pening nak convert duit USD ke dhong. Poning kepalo den.
3. Banyak Restoran halal di sini.Tp memang mahal harganya kalau bayar time makan. Kami bayar skali ngn pakej. So tak terasa la mahal.Cuma time breakfast kami xmakan kat hotel, makan kat kedai.Order 3 meals  + 6 air kopi je, ambik kau RM 120.Viatnam Halal x silap..hahaha...Tp yg best kat Banana Leaf
4. Restoran Saigon Halal pun not bad. Tp manager nye yang rakyat Malaysia pun bikin kontroversi jugak..hahahha....takpela.biarlah rahsia. Cerita tu akan kami simpan sebagai kenangan yang lucu.
5. Balik dr sana, saya n akak saya kene tahan kastam LCCT sebab kami masukkan brg dagangan dalam beg guni yang color biru tu. Padahal org yg bawak luggage samsonite xditahannye. saba jela. lepas kami protes so lepasla. Tp pasni jgn le buat cam ktrg yg lurus bendul ni dok seret troli beg guni yg besar mcm nak meniaga. Sah2 kene tahan..huhu
6. N yang paling penting..tempah la luggage yg 30 kg ke atas kalau rasa2 nak shoping habis2an.Nanti tak berbaloi kene bayar 3 kali ganda time balik tu. silapnye ktrg lambat add on luggage,should be 24 hours be4 checkin..hoho..Nasib kene RM120 je utk 15 kg.So share ber3,xdela burden sgt.
7. Tak payahla makan kat atas Cruise tu..Sebab kehalalan nye agak diragui.tp kami dah terjamah pun.huk3.Sebab hati dah panas, belom sempat kapal gerak, kami pun cha alip but,jalan kaki ke Halal Saigon, makan malam.huk3
8. Toilet di cni memang xde paip especially airport, So get readyla bawak botol mineral nak cuci.hihi..tp kalau g toilet restoran halal pasti ada getah paip buat cuci in.hihi

Kesimpulannya, memang best g cni.Patutla org yg dah penah pegi mesti nak pegi lagi. Sgt berpuas hati sebab beli baju sendiri je lebih 10 pasang.hoho...berbaloi2.Next vac Korea.Insya Allah


Saturday, April 27, 2013

Krabi Oh Krabi Part 2

Salam...saya baru balik dari Krabi.Erm..nak kate ape ek bout Krabi? okay la. Tapi saya nak share pengalaman saya di sana.

1. Departure 7.15am. Saya n famili hampir ketinggalan flight kerana carik car park, checkin luggagge, tukar duit bath. For info, ada parking kat area2 lcct harga RM16 sehari.hehe.so cut kos dah tu.

2. Saya book flight sendiri.Cuma book ground pakej drpd www.cuti.my . RM447 per person,Buri Tara Resort.
Restoran Lemon


3. Buri Tara Resort ni jauh sket dari restoren halal. berpeluh2 gak kami berjalan kaki mencarik restoran. food stall ade dekat2 hotel, tp dgn 11 org famly tak sanggup plak berimpit2 tepi jalan tu,huk3.  Saya syorkan ambik Hotel Best Western,dekat ngn kedai. Tapi kalau dekat dgn Restoren Lemon yang halal tu, lagi bagus. Tak payah nak tuk2.Tp saya lupe nama hotelnye,nampak macam mahal & exclusive je.....

4.Jadi kami naik tuk tuk 20Bath per person utk ke Restoran Lemon. Sedapnye...mahal pun memang xboleh tahan.huhuhu .untuk 10 org, malam pertama 2000bath, malam kedua tambah air buah kene 3000 Bath.Balik hotel 200bath lagik. huk3...

5. Pakej snorkeling kami tepaksa ambik satu hari je.coz pegi sana 3 hari 2 mlm. Tula tanya ejen, mana pulau yg cantik dia kata semua ok. Memandangkan parents kami pegi tapi tak snorkeling kami sebulat suara pilih 4 Island pasal lebih kepada ala2 pantai. Nanti xdela mak pening dok tengah laut. Harga 600 bath, dpt discount 500 bth. Tp rupa2nya Tak Berbaloi pun g 4 Island, air keruh, ikan n coral tak banyak. Cantik lagi Redang n Perhentian.huk3...Nyesal tak g PhiPhi Island..huhuhu

6. Last day, kami naik elephant sebelum balik pukul 225pm.Terubat sket rasa frust akibat aktiviti snorkeling yg tak berapa nak seronok tu.

7. One more thing, balik je dari Krabi mamaku sakit kepala teramat sangat.Tak boleh bangun. Menjerit2 sakit kepala.Masuk hospital seminggu.Buat city scan & mri, tp doctor ckp takde ape2 penyakit .So apakah??? Balik umah, berubat kampung,mandi limau.Alhamdulillah...dah semakin pulih..ermm..ade org ckp maybe tekena badi mayat tsunami. Wallahualam..Syukur, mak pulih. Nasihat saya, hati2 di tempat orang..

Byee...

Tuesday, January 29, 2013

Krabi Oh Krabi~27Mac2013

Hai..Krabi oh Krabi
Setelah 2hari2malam dok survey pakej n baca belog2 pasal Krabi, akhirnya berjaya jugak aku membooking tiket airasia g sana ( 27-29 Mac 2013).Mahal dow.dok tehegeh2 naik lagik harganya.sob3..Harini wat julung2 kalinya aku mandi pagi pukul 3setengah ptg pasal dok mengadap airasia. nak membooking 9 adults + 2 childs menyebabkan asyik session expired &line bz.so akhirnya setel. Tapi yang masih belum setel ialah membook hotel and pakej. Berdasarkan review yg dbuat, ramai yg kata g gamble je pasal banyak pakej disediakan kat sana n senang nak carik. Ade pulak yang book hotel siap2 guna www.agoda.com  . Kalau nak murah boleh pakai www.groupupon.my . Serius, aku baru tahu semua tu..huhuhu. Kredit to blogger2 yg beri info,tengQ3. Sungguh ku baru tahu,tp nampaknya buat masa ni belom ade groupupon yang aku boleh guna.

Akak aku dok bebel2 suh guna pakej ( siap semua makan, hotel, airport transfer,snorkeling ), pasal xmau pening2 sampai sana baru nak carik. Lagipun kami membawa kanak2 ( anak buahku ) n warga emas ( papan mamaku ). Tapi aku confident plak nak book bile sampai sana je berdasarkan pengalaman blogger yg dibaca. Adus...So macam mana ni???

1. Nak pegi guna Pakej kah?
2. Nak book hotel apekah?

Erm...nanti2 lah aku fikirkan...janji tiket AirAsia dah book...xdela pening2 lg. So sape yg sama date berlepas ke Pulau Krabi bersama ku nanti, semoga kita bersua.yehuuuu..

* Nampaknye terpaksalah postpone Samsung galaxy s3 setelah dipilih Krabi..heeeeeeeeeee

Sob3....Tunggulah, nanti aku korek2 duit lain nak beli kamu..huk3

Wednesday, August 22, 2012

Zikir Segera Bertemu Jodoh

 

Assalamualaikum..

Zikir ini perlu dibaca selepas solat sunat Hajat 2 rakaat di malam hari. Bacaannya adalah seperti berikut ;

  1. ( 7 kali ) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللَّـهِ صَلَّى اللَّـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلاَحَـوْلَ وَلاَقُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
  2. يَا قَدِيْمُ يَادَائِمُ يَاأَحَدُ يَاوَاحِـدُ يَاصَمَـدُ. (x3)
  3. Hasbiallahu wa ni'malwakil wa ni'malmaula wa ni'mannasir ( 3 kali )

Sumber: Rohani Abdul Rahman (2012 ). Berdua Lebih Baik. Kuala Lumpur, Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Semoga kita tak berputus asa berusaha mencari rezeki & jodoh. Buku ini bagus dibaca, sangat menarik. Terima kasih kepada temanku yang sudi meminjamkannya kepada saya kerana kami juga sangat memerlukannya..