Wednesday, November 30, 2011

Doa Putus Cinta

Assalamualaikum..Bulan November 2011 ni bulan kesedihan buat saya.yeap..putus cinta kali kedua.Setahun yg lalu,bulan yg sama, saya ade print doa untuk mengatasi rasa kecewa kerana putus cinta.Nampaknye bulan ini saya carik semula kertas tu, dan jumpe.saya baca semula hari-hari berkali-kali.Sampai sekarang saya amalkan.Ya Allah..kuatkanlah semangat saya.Saya percaya walaupun kelihatan tidak adil saya diperlakukan sebegini oleh org yg saya sayang..tp ada hikmah di sebalik semua ini.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk saya dan anda semua di masa kini dan masa akan datang.

Doa Putus Cinta ( Mengatasi Kekecewaan):

Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih… letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian bacalah ayat:



( surah Ar-Ra’d ayat 39)


“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ‘Ibu segala suratan’.”


(ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)
Setelah selesai baca ayat ini genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang.





Wednesday, May 18, 2011

Persediaan Umrah

Assalamualaikum..lama dah tak berbelog..bz sungguh lately.Insya Allah saya dan kedua orang tua akan mengerjakan umrah pada 23Mei2011 ni. Pada mulanya jadual penerbangan pd 2Jun2011,iaitu umrah & ziarah ke Egypt.Bukan ape, teringin nak melihat Pyramid Giza.Tp last minit dberitahu Mesir tak boleh masuk sampai bulan 10.So terpaksala awalkan seminggu.TQ bos, coz bg CRK seminggu..hihihi. 

Saya ni bertangguh2.Buat suntikan Meningitis pun dah lewat baru siap.Bapak saya lagik pulak, ade pegi pinjam buku suntikan orang lain..aduh...nak tergelak pun ade.abah..abah...Last minit nye keje, tengok2 bekalan ubat memang dah kritikal kat area n9, melaka..So conclusionye,jgn pandang enteng suntikan tu coz untuk elak jangkitan pada selaput otak.( Dr Maryam )..hihihi.

Lagi satu, saya jugak baru je ke klinik tadi.Nak mintak ubat tahan period. Dr tu pulak yg pening coz saya ni mcm dah lewat nak makan ubat. Bulan lepas uzur 26hb, so bulan ni maybe uzur 23hb.Hari ni 18hb, ada lagi 5 hari utk uzur, jadi Dr mengesyorkan saya makan ubat dos yang tinggi iaitu 2biji setiap hari. Hai...padahal hari-hari saya lalu klinik ni, napela tak datang awal-awal.Keje last minit lagi...Mintak2 tak keluarlah yer baby..hihihi.Oh ye, tak lupe, saya beli ubat demam, sakit kepala, selsema, sakit perut.Bukan ape, persediaan di sana nanti.Semoga dipermudahkan kesihatan kami.

Tanya pengalaman kawan2, apa baju yang nak dibawa.Saya jarang berjubah.Jadi belilah selai dua jubah.Lagi 2 helai pinjam member. Lepas tu ade gak beli baju ihram yang warna putih tu satu set ( baju labuh +seluar+mini telekung+sarung tangan ).Then, spek mata hitam.Selalu tengok orang g sane pakai spek hitam coz cuaca sana panas. Saya xsuke berspek.Tak selesa. Nak beli yg kualiti (mahal sket ) takut niat terpesong plak..nak beli yg sepuluh hengget takut pening plak.Ishk..pempuan2...

Last, say belom tukar duit Saudi Riyal lagi.Esok nak pegi Melaka, ambik beg drpd agen, bagi surat suntikan.Lepas tu bolehla g beli kelengkapan macam pelembap, sunblock & pelembap bibir.Malam ni ingat nak sambung study buku Panduan Umrah..risaunye..Masih banyk ilmu yang kurang di dada.Semoga Allah permudahkan urusan kami anak beranak mengerjakan umrah..Amin....


DOAKAN KAMI SELAMAT PERGI & PULANG.AMIN...





Wednesday, March 9, 2011

Petua Orang Arab untuk Mendapat Anak

assalamualaikum
Semalam saya ada menonton TV9 Raudhah. Ustaz rancangan tu ada sebut satu petua orang Arab utk mudah mengandung. Blend kan secawan susu kambing segar + segenggam kurma dan minum. Kita digalakkan  amalkan petua ni sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Selain itu amalkan makan kismis 7biji atau lebih setiap pagi.Sekian, selamat mencuba kepada semua isteri dan jangan berputus asa...

Monday, January 24, 2011

Treadmill saya dah sampai!

Assalamualaikum..
Mula-mula bengang gak treadmill yg dipesan konon2 seminggu sampai tengok2 cecah 3minggu masih tak sampai.Last2 driver lori call cakap lori rosak otw nak hantar minggu lepas.Sabar jela.Syrkt punye besar xkan 1 lori je kot Ogawa oi..tp xpela.1bulan tggu, finally sampai gak rumah saya 22jan 2011.


Excited sungguh kami sekeluarga mencuba treadmill ni.Mintak2 janganlah jadi gajah putih menda tu.Saya beria2 nak beli benda ni bukan sebab nak kuruskan badan.Badan saya sendiri pon dah cukup cekeding!! Tapi dah setahun saya tak kuar joging smnjk habis blaja.Dulu slalo gak g joging kat UM.Skang ni dok umah, lagi xde mase nak joging.Lagipun seganla nak joging sorang-sorang xde gang.So inilah jalan terbaik untuk saya exercise kat rumah. Jimat masa, Jimat space.Jimat duit gakla..hehehe..Saya bayar monthly RM165 selama sthn.So kira okayla bagi saya yang xde cash money sekelepuk ni.Tp mintak tolong ayahla,gune kad kredit bapak,hihihi

Taraaa!! So inilah dia treadmill Ogawa yang sesuai utk bajet saya ni.RM1988-Evas.

Monday, January 3, 2011

Negeri FM, Ingat sampai bila-bila

Memang dah lame saya tak mendengar radio waktu pagi.apatah lagi sejak tempat keje xsampai 3 minit daripada rumah.tak sempat dengar abg jem berceloteh, tengok2 dah sampai tempat keje.heee..Tp kalau drive g memane, mmg pasti ON radio.dah muak dgr siaran radio yang banyak iklan & lagu yg berulang2, so saya saje tukar angin dengar Negeri FM.erm..okayla xdela tepat sgt ngn taste org muda cam saye ni..hihihi

Tapi yang saya sgt syok bile dengar siaran start 3pm-6.00pm.DJ nye digelar Bro & sorang lagi Nen.nama penuhnya saya pon xtau.selalunya saya boring kalau dengar DJ berceloteh panjang berjela dan kurang lagu.nak-nak kalau asyik terima panggilan pendengar je.tp diorang berdua ni Ya Allah, serasi, kelakar, spontan, dan saya sangat terpikat!!Mungkinla sebab saya org N9, jadi saya berasa amat syok dengar loghat org senegeri,tp depends jugakla.Kalau mak ayah ade sekali, terbahak-bahak diorang gelak dengar bebelan si DJ berdua ni.Baru je tadi, saya google la website www.negeri.fm , la rupe-rupenye si Nen ni muda lagi, (padahal suaranya macam makcik sebelah rumah saya yang becok tu ( maaf ye Nen)..huhuhu.Sungguh saya berasa kagum dgnmu Nen, sangat mesra dan peramah dengan pendengar pelbagai lapisan, tua muda.begitu jugak dgn abg Bro, aduh sangat spontan dan ala-ala orang kampung den gitu.

Anyway, sangat2 tahniah dengan Negeri Fm serta DJ berdua ni kerana berjaya membuatkan saya tersengih sorang-sorang serta membuatkan mak ayah saya tergolak bosa dengar celoteh anda.