Doa Putus Cinta
Assalamualaikum..Bulan November 2011 ni bulan kesedihan buat saya.yeap..putus cinta kali kedua.Setahun yg lalu,bulan yg sama, saya ade print doa untuk mengatasi rasa kecewa kerana putus cinta.Nampaknye bulan ini saya carik semula kertas tu, dan jumpe.saya baca semula hari-hari berkali-kali.Sampai sekarang saya amalkan.Ya Allah..kuatkanlah semangat saya.Saya percaya walaupun kelihatan tidak adil saya diperlakukan sebegini oleh org yg saya sayang..tp ada hikmah di sebalik semua ini.Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk saya dan anda semua di masa kini dan masa akan datang.
Doa Putus Cinta ( Mengatasi Kekecewaan):
Bila mengalami kekecewaan seperti putus cinta, putus tunang, bercerai suami isteri dan seumpamanya, maka ikhtiar yang boleh dilakukan untuk melupakan kekasih… letak tapak tangan pada dahi atau dada kemudian bacalah ayat:
( surah Ar-Ra’d ayat 39)
“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ‘Ibu segala suratan’.”
(ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA)
Setelah selesai baca ayat ini genggam tapak tangan kemudian buat isyarat membuang.
Thanks, nice sharing dear :)
ReplyDelete