Salam...saya baru balik dari Krabi.Erm..nak kate ape ek bout Krabi? okay la. Tapi saya nak share pengalaman saya di sana.
1. Departure 7.15am. Saya n famili hampir ketinggalan flight kerana carik car park, checkin luggagge, tukar duit bath. For info, ada parking kat area2 lcct harga RM16 sehari.hehe.so cut kos dah tu.
2. Saya book flight sendiri.Cuma book ground pakej drpd www.cuti.my . RM447 per person,Buri Tara Resort.
3. Buri Tara Resort ni jauh sket dari restoren halal. berpeluh2 gak kami berjalan kaki mencarik restoran. food stall ade dekat2 hotel, tp dgn 11 org famly tak sanggup plak berimpit2 tepi jalan tu,huk3. Saya syorkan ambik Hotel Best Western,dekat ngn kedai. Tapi kalau dekat dgn Restoren Lemon yang halal tu, lagi bagus. Tak payah nak tuk2.Tp saya lupe nama hotelnye,nampak macam mahal & exclusive je.....
4.Jadi kami naik tuk tuk 20Bath per person utk ke Restoran Lemon. Sedapnye...mahal pun memang xboleh tahan.huhuhu .untuk 10 org, malam pertama 2000bath, malam kedua tambah air buah kene 3000 Bath.Balik hotel 200bath lagik. huk3...
5. Pakej snorkeling kami tepaksa ambik satu hari je.coz pegi sana 3 hari 2 mlm. Tula tanya ejen, mana pulau yg cantik dia kata semua ok. Memandangkan parents kami pegi tapi tak snorkeling kami sebulat suara pilih 4 Island pasal lebih kepada ala2 pantai. Nanti xdela mak pening dok tengah laut. Harga 600 bath, dpt discount 500 bth. Tp rupa2nya Tak Berbaloi pun g 4 Island, air keruh, ikan n coral tak banyak. Cantik lagi Redang n Perhentian.huk3...Nyesal tak g PhiPhi Island..huhuhu
6. Last day, kami naik elephant sebelum balik pukul 225pm.Terubat sket rasa frust akibat aktiviti snorkeling yg tak berapa nak seronok tu.
7. One more thing, balik je dari Krabi mamaku sakit kepala teramat sangat.Tak boleh bangun. Menjerit2 sakit kepala.Masuk hospital seminggu.Buat city scan & mri, tp doctor ckp takde ape2 penyakit .So apakah??? Balik umah, berubat kampung,mandi limau.Alhamdulillah...dah semakin pulih..ermm..ade org ckp maybe tekena badi mayat tsunami. Wallahualam..Syukur, mak pulih. Nasihat saya, hati2 di tempat orang..
Byee...
No comments:
Post a Comment