Tuesday, January 19, 2016

Anak Syurgaku Wildan

Assalamualaikum

Hari ini genap 5 minggu saya berpantang tanpa anak.Sepanjang berpantang ni bosan sungguh tak dapat keluar rumah.Jadi banyak masa saya menonton tv dan melayari internet.Saya nak berkongsi pengalaman saya mengandung selama 26 minggu sahaja.Sebab bila saya google tak banyak cerita yang seakan-akan sama dengan pengalaman saya.

Ini pengalaman pertama saya hamil. Semua berjalan lancar.Cuma saya pernah mengambil ubat camazol selama setahun akibat hypertiroid dan bila saya rasa mcm dah sembuh sy berhenti sendiri 6bulan sebelum berkahwin.Selepas hamil saya risau juga penyakit ini akan effect my pregnancy.Jadi masa buat buku pink semasa kandungan 3 bulan, sy maklumkan mslh sy pada doctor.Ambil darah dan result hanya dapat semasa kandungan berusia 5 bulan.Lamanya lah menunggu nak direfer ke hospital.Macam tulah kalau berurusan di klinik kerajaan..Tak semudah dan secepat yang kita nak.
Boleh dikatakan saya sering ke klinik utk checkup sebab overweight.Doc ada cadangkan buat detailed scan seelok-elok minggu 24 hingga 26 sebab baby tak terlalu besar dan terlalu kecil.Sebenarnya saya nak buat detailed scan utk tahu jantina baby.Tapi tak sangka lain berita yang saya dapat.

Scan punya lama at last doc klinik private tu cakap "semuanya di luar",anak u tak normal' g to hospital n keluarkan baby ni".What?? Terdiam saya dan suami.Tak sangka ini yang saya dengar.Otw ke hospital tu apa lagi bercucuran lajulah air mata saya ni.Lepas check di hospital doc sahkan anak saya menghidapi exomphalos , hypoplastic lung & cleft lip.Bertambah-tambahla hancur luluh hati saya.Then doc bagi saya date appoinment dengan pakar seorang profesor 3mggu lagi.Mungkin sampel air ketuban akan diambil utk tahu punca bayi jadi begini.. Apa lah yang boleh saya buat ketika tu sementara nak tunggu date apointmnt? Puas saya minta diawalkan date tsebut xberjaya juga.Seminggu pertama di rumah hari-hari saya menangis. Bangun pagi, nak tidur. Sampaikan saya ajak husband keluar hari-hari supaya saya tak terasa sangat kesedihan ini. Based on my sis ( nurse ), kalau case begini selalu doc takkan keluarkan baby immediately. Just tunggu baby lahir n normally nyawa baby xlama sebab tak boleh survive dengan lung yang kecil tu. So redha lah menunggu date apoinmnt yang berbaki lg 2minggu tu.

Satu pagi saya terjaga dari tidur & air ketuban mencurah-curah laju keluar.Di hospital bleeding pulak.So doc decide buat emergency czer sebab uri dah lekang.Anak saya  cuma hidup selama sejam dan meninggal. Anak saya beratnya 670g, perutnya yang terkeluar tu saya tak nampak sebab dah ditutup dgn  gous.lebih kurang 4-5 cm. Saya redha dengan pemergian anak ini sebab kalaulah panjang umurmu wahai anak, mak tak sampai hati melihat dirimu terseksa sakit sepanjang hayat. Disebabkan saya czer, jadi perlu tunggu at least 2 thn utk hamil semula.Dan utk mendapat anak yg ramai juga bukanlah rezeki saya juga. Sy teringin nk anak 5 org.Tapi tak semua yang kita hajatkan terbaik utk kita. Allah dah menentukan yang terbaik dan termampu untuk setiap hambaNya.Sedihnyaa.....Tapi pujuk hati. Takpelah sekurang-kurangnya saya sudah ada seorang anak syurga, Inshaa Allah..

So sekarang saya akan sibukkan diri menunggu masa yang sesuai untuk mengandung semula. Semoga Allah makbulkan doa saya untuk mendapat anak yang sihat dan soleh.Itu sahaja coretanku yang xseberapa. Papai

No comments:

Post a Comment